bisnes

CIMB naikkan kadar 25 BPS berkuat kuasa 18 Mei

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd akan melaksanakan kenaikan 25 mata asas untuk kadar asas dan kadar deposit tetap/akaun pendapatan pulangan tetap-i mereka berkuat kuasa 18 Mei, 2022.

Ini sejajar dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia sebanyak 25 mata asas daripada 1.75 peratus kepada 2.00 peratus yang diumumkan semalam.

Begitu juga, semua kemudahan pembiayaan berdasarkan kadar pinjaman asas dan kadar pembiayaan asas akan dinaikkan sebanyak 0.25 peratus.

Disiarkan pada: May 12, 2022 @ 11:53am
d