Asia

Indonesia tarik balik larangan eksport minyak masak

Oleh Reuters

Jakarta: Indonesia menarik semula larangan eksport minyak sawit, mulai Isnin ini, berikutan penambahbaikan bekalan minyak masak domestiknya, kata Presidennya, Joko Widodo atau Jokowi

Menurut Jokowi, langkah itu disambut baik oleh petani.

Pengeksport minyak sawit terkemuka dunia itu mengambil keputusan menghentikan penghantaran sawit mentah minyak dan beberapa produk derivatif pada 28 April lalu.

Jokowi pada Khamis lalu berkata bekalan minyak masak pukal kini mencapai tahap lebih tinggi daripada yang diperlukan, walaupun harga (pukal) masih belum turun kepada sasaran 14,000 rupiah (kira-kira RM4.19) seliter.

Kumpulan industri sudah memberi amaran bahawa sektor minyak sawit boleh terganggu pada minggu akan datang, jika larangan eksport kekal dilaksanakan.

"Dalam mengambil keputusan itu, kerajaan sedang mempertimbangkan kebajikan 17 juta pekerja.

"Walaupun eksport dibuka semula, kerajaan akan terus menyelia dan memantau (pasaran) dengan rapat untuk memastikan permintaan dipenuhi harga mampu milik," tambah Jokowi.

Kontrak penanda aras minyak sawit di Malaysia ditutup 0.98 peratus lebih rendah dan dijangka terus jatuh berikutan pengumuman Indonesia.

Ahli jawatankuasa bajet parlimen sebelum ini menggesa Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati meminta kerajaan menilai sekatan eksport.

Disiarkan pada: May 22, 2022 @ 3:01pm
d