Bola Sepak

Ronaldo, de Bruyne antara calon Pemain Terbaik Tahunan PFA

Oleh Reuters

London: Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo dan perancang Manchester City, Kevin De Bruyne diumumkan antara enam calon Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Pemain Bolasepak Profesional Inggeris (PFA), hari ini.

De Bruyne yang juga penyandang gelaran, memenangi anugerah itu pada dua musim terakhir.

Manakala Ronaldo menang gelaran itu dua kali ketika tempoh pertamanya bersama Manchester United pada musim 2007 dan 2008.

Calon lain adalah tiga pemain Liverpool iaitu Virgil van Dijk, Sadio Mane dan Mohamed Salah serta kapten Tottenham Hotspur, Harry Kane.

De Bruyne sebelum ini dinamakan Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris bagi kempen 2021-22 pada Mei lalu.

Disiarkan pada: June 2, 2022 @ 9:57am
d