bisnes

CIMB naikkan Kadar Asas 13 Julai Ini

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd akan menaikkan Kadar Asas dan Kadar Deposit Tetap/Kadar Pendapatan Pulangan Tetap Account-i sebanyak 0.25 peratus, berkuat kuasa pada 13 Julai, 2022.

Langkah itu selaras dengan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.25 peratus, semalam.

"Berikutan itu, CIMB Bank dan CIMB Islamic akan menaikkan 25 bps dalam Kadar Asas dan Kadar Deposit Tetap/Kadar Pendapatan Pulangan Tetap Account-i.

"Pada masa sama, semua kemudahan pembiayaan berasaskan Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) akan turut dinaikkan sebanyak 0.25 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Disiarkan pada: July 7, 2022 @ 1:18pm
d