mutakhir

Plus aktifkan tiga lorong 'smartlane'

Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Plus Malaysia Berhad (Plus) mengaktifkan tiga lorong smartlane sebagai inisiatif melancarkan trafik ketika waktu puncak.

Plus dalam kenyataan di Facebook hari ini berkata, inisiatif itu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyediakan kapasiti lorong lebih besar mengikut keperluan dan lokasi terpilih.

"Antara lokasi terpilih adalah laluan Sungkai ke Slim River di Kilometer (KM) 367.0 ke KM 371.6, arah selatan sepanjang 4.6 km pada 11 Julai (esok) hingga 12 Julai.

"Selain itu, laluan Port Dickson Utara ke Seremban di KM 260 ke KM 263.1 arah utara sepanjang 3.1 km, serta laluan Senai Utara ke Kulai di KM 19.4 ke KM 27, arah utara sejauh 7.6 km pada 11 Julai (esok)," katanya.

Plus turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi papan tanda trafik di lokasi dan memandu dengan cermat.

Disiarkan pada: July 10, 2022 @ 9:44pm
d