Bola Sepak

Jangan terbawa-bawa aksi pramusim - Arteta

Oleh Agensi

Florida: Mikel Arteta memberi amaran kepada kepada skuad Arsenal kendaliannya supaya tidak terbawa-bawa dengan keputusan perlawanan pramusim yang sempurna.

Kemenangan besar 4-0 ke atas Chelsea, kelmarin membolehkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menamatkan jelajah pramusim di Amerika Syarikat (AS) dengan memenangi semua empat perlawanan.

Arsenal berdepan Brentford secara tertutup pada Rabu ini dan melayan kunjungan Sevilla, Sabtu ini sebelum aksi pembukaan EPL menentang Crystal Palace pada 5 Ogos.

Penyerang baharu Gabriel Jesus membuka jaringan di Orlando dengan melambung bola melepasi Edouard Mendy, kemudian Martin Odegaard, Bukayo Saka dan Albert Sambi Lokonga menambah derita Chelsea.

"Banyak perkara positif dalam cara permainan kami, tetapi ia perlawanan persahabatan. Ia satu ujian.

"Masih ada banyak perkara perlu kami perbaiki, jadi jangan terbawa-bawa," kata Arteta.

Oleksandr Zinchenko beraksi cemerlang di bek kiri, tiga hari selepas dia menyempurnakan perpindahan dari Manchester City.

Disiarkan pada: July 25, 2022 @ 1:38pm
d