Sukan Lain

Catatan Azeem luar biasa - Faizal Azumu

Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengucapkan tahniah kepada pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi selepas berjaya mencatatkan rekod baharu kebangsaan acara 100 meter (m) dengan catatan 10.09 saat (s) di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali Colombia.

Malah beliau menyifatkan ia pencapaian luar biasa dari bumi Colombia dan yakin pencapaian lebih gemilang dapat dicatatkan selepas ini.

"Tahniah Azeem. 10,09s. Amazing (menakjubkan). Pencapaian luar biasa. Teruskan momentum kejayaan ini Azeem."Many more to come (lebih banyak lagi akan datang). InsyaAllah. Terus letakkan kaki anda di atas tanah berlari sepantas yang anda boleh dan cuba mencapai bintang.

"Malaysia boleh. Tahniah Fahmi (bapa Azeem)! Anak kau memang hebat! Sekarang fokus pada larian seterusnya," kata Faizal di laman sosial Twitter.

Catatan masa Azeem itu memadamkan rekod lama milik Khairul Hafiz Jantan 10.18s yang lakukan pada 2016 ketika temasya Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak.

Ia juga catatan masa kedua terpantas daripada 60 penyertaan atlet dalam acara 100m di Kejohanan Dunia itu.

Disiarkan pada: August 2, 2022 @ 10:33am
d