Eropah

Paus beluga mati ketika operasi menyelamat

Oleh AP

Paris: Pihak berkuasa Perancis berkata, paus beluga yang terkandas selama beberapa hari di Sungai Seine, mati, selepas ia berjaya dikeluarkan dari sungai berkenaan.

Paus itu dalam persediaan untuk dipindahkan ke kolam air masin di Normandy.

Doktor haiwan, Ollivet Courtois berkata, ketika usaha menyelamat, mamalia itu dilihat mula mempunyai masalah pernafasan dan pakar mengambil keputusan untuk mematikan haiwan itu.

Paus itu menjadi popular selepas ia pertama kali dikesan di Sungai Seine selepas tersesat ke dalam sungai berkenaan, daripada laluan asalnya untuk ke Laut Artik.

Disiarkan pada: August 11, 2022 @ 9:11am
d