Eropah

Kutip 100 tan bangkai ikan [METROTV]

Oleh AFP

Warsaw: Bomba dikerah untuk mengutip 100 tan ikan mati di Sungai Oder di Poland yang mengalir antara Jerman dan negara itu, dalam insiden yang dianggap sebagai bencana alam sekitar.

"Kami tidak pernah menjalankan operasi dengan keadaan sungai sebegini sebelum ini," kata Pegawai Media Pasukan Bomba Kebangsaan Monika Nowakowska Drynda.

Beliau turut mengesahkan 100,000 kilogram ikan mati itu berjaya dibawa keluar dari sungai berkenaan sejak Jumaat lalu.

Punca kematian ikan itu masih belum dapat disahkan setakat ini, namun ia berkemungkinan disebabkan air sungai yang beracun.

"Kemungkinan terdapat sisa kimia dengan jumlah yang banyak dibuang ke dalam sungai yang menyebabkan ia berisiko dan memberi kesan kepada hidupan air," kata Perdana Menteri Mateusz Morawiecki, pada minggu lalu.

Sampel air sudah dihantar ke makmal di Republik Czech, Belanda dan Britain bagi mengenal pasti punca kejadian.

Disiarkan pada: August 17, 2022 @ 10:11am
d