Permotoran

Bagnaia raih kejuaraan keempat berturut-turut

Oleh AFP

Misano Adriatico: Francesco Bagnaia berjaya muncul juara Grand Prix (GP) San Marino sebentar tadi untuk meraih kemenangan kali keempat berturut-turut dalam kelas MotoGP dan semakin menghampiri pendahulu keseluruhan, Fabio Quartararo.

Pelumba Ducati, Bagnaia menewaskan Enea Bastianini dalam kemenangan mendebarkan di Misano Adriatico yang membawanya dibezakan 30 mata daripada penyandang juara, Quartararo, yang menduduki tempat kelima.

Dia naik ke tempat kedua keseluruhan di hadapan Aleix Espargaro selepas pelumba Sepanyol itu menamatkan saingan di belakang penunggang Yamaha, Quartararo.

Tempat ketiga dalam perlumbaan berkenaan diraih Maverick Vinales dari Aprilia Racing.

Disiarkan pada: September 4, 2022 @ 9:58pm
d