Sukan Lain

Azeem pegang takhta 'Raja Pecut' Sukma [METROTV]

Oleh Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Gelaran Raja Pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2022 menjadi milik Muhammad Azeem Mohd Fahmi selepas atlet dari Perak itu mengungguli final 100 meter (m) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pemegang rekod kebangsaan itu berada dalam kelas tersendiri apabila yang pertama melintasi garisan penamat dengan catatan 10.25 saat (s).

Pingat perak menjadi milik atlet Johor, Muhammad Arsyad Md Saat (10.46s) dan pingat gangsa dimenangi atlet Negeri Sembilan, Muhammad Haiqal Hanafi (10.50s).

Sebagai rekod, rekod temasya dilakar oleh Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18s yang dilakukan pada Sukma 2016 di Sarawak Rekod kebangsaan yang dipegang Azeem pula dilakukan pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 dengan catatan 10.09s.

Disiarkan pada: September 16, 2022 @ 4:03pm
d