mutakhir

Lelaki warga emas meninggal dunia terbabit kemalangan dengan Nissan Navara

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Sungai Besar: Lelaki warga emas yang dipercayai menunggang motosikal secara melawan arus meninggal dunia selepas terbabit kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 57, Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Simpang Lima Baroh di sini, jam 10.45 pagi semalam.

Mangsa yang berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kemalangan membabitkan motosikal Suzuki dan Nissan Navara dipandu lelaki berusia 34 tahun.

"Siasatan mendapati, pemandu Nissan Navara dalam perjalanan dari Sekinchan ke Sungai Besar

"Tiba di lokasi, secara tiba-tiba penunggang motosikal dari bahu jalan kiri bergerak secara melawan arus masuk ke laluan Nissan Navara itu," katanya dihubungi.

Agus Salim berkata, disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu Nissan Navara gagal mengelak sebelum melanggar mangsa.

"Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Disiarkan pada: September 24, 2022 @ 2:25pm
d