mutakhir

Mangsa kemalangan maut suami isteri

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Ampang Jaya: Lelaki warga India dan wanita tempatan yang maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki mereka melanggar belakang treler di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini, disahkan suami isteri.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan itu berlaku pada 2.50 pagi membabitkan Perodua Myvi dengan treler.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca akibat kecuaian apabila wanita terbabit yang memandu gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan kemalangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Mohamad Farouk berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Saksi bebas yang menyaksikan kejadian itu diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093," katanya.

Berita berkaitan:

Disiarkan pada: September 25, 2022 @ 12:04pm
d