mutakhir

Tiga skim baru dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) mengemaskinikan Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA) dengan menambah tiga skim baharu yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawahnya.

Tiga skim itu ialah Deet Investment Scheme, D'eet Investment Scheme dan Dinar Edaran Emas Trading Investment Scheme, yang menggunakan laman web yang sama iaitu https://www.deetgroup.com.

"Senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM," jelasnya menerusi ciapan di Twitter rasmi @BNM_official.

Senarai FCA adalah panduan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai entiti atau skim yang telah disalah anggap atau kelihatan sebagai entiti atau skim berlesen atau dikawal selia oleh BNM.

Disiarkan pada: September 30, 2022 @ 8:30pm
d