mutakhir

Buaya ancam penduduk ditembak mati

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

Sandakan: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sandakan menembak mati seekor buaya dalam satu operasi di Sungai Daling, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, reptilia berkenaan dilaporkan boleh memberikan ancaman kepada nelayan dan penduduk sebelum operasi memburu dimulakan.

Pegawai JHL Sandakan, Hussien Muin berkata, susulan aduan penduduk yang sering melihat buaya di kawasan berkenaan, satu operasi membabitkan tiga anggota dihantar ke lokasi terbabit.

Menurutnya, anggota bertugas kemudiannya memasang jerat di sungai terbabit.

"Semalam, seekor buaya jantan berukuran lebih 2.4 meter berjaya ditembak ketika cuba memakan umpan pada jerat buaya.

"Susulan itu, bangkai hidupan liar berkenaan dilupuskan dengan cara menguburkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: October 19, 2022 @ 12:34pm
d