mutakhir

Lelaki kemalangan lemas dalam parit

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Tanjong Karang: Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas dalam parit selepas terbabit kemalangan di Jalan Jepun, Kampung Melaka, di sini, awal pagi hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu 3.40 pagi.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Berdasarkan laporan awal, mangsa berusia 68 tahun dipercayai mati lemas akibat terbabas ke dalam parit bersama motosikal jenis Yamaha Ego.

"Anggota bomba kemudian bertindak mengangkat mangsa dan motosikal tersebut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: November 13, 2022 @ 9:06am
d