mutakhir

PRU-15: Permohonan undi pos bagi Parlimen Padang Serai dibuka

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan permohonan undi pos untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Parlimen Padang Serai dibuka hari ini dan ditutup pada Selasa ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, permohonan undi pos bagi Kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media), hendaklah memohon secara manual menggunakan Borang 1A yang dimuat turun dari portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my, dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus P.017 Padang Serai.

"Bagi permohonan undi pos kategori 1B (warga negara Malaysia yang berada di luar negara) dan Kategori 1C (agensi /organisasi) dilaksanakan secara dalam talian," katanya dalam kenyataan.

Untuk pertanyaan atau penjelasan lebih lanjut boleh hubungi Unit Pengurusan Undi Pos di talian 03-8892 7040.

Disiarkan pada: November 18, 2022 @ 11:15pm
d