mutakhir

PRU-15: Diva AA pertama tiba di pusat pengundian

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Gombak: Pengacara sensasi, Azwan Ali, menjadi pengundi pertama tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, di sini.

Azwan, 56, tiba pada jam 7.25 pagi bagi menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di kawasan ini.

Penyandang kerusi Parlimen Gombak yang juga abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka mengundi di pusat pengundian sama pada 8.30 pagi.

Azwan berkata, dia bersama keluarga membesar di kawasan berkenaan.

"Kepada yang masih tidur, tolong tunaikan tanggungjawab anda untuk mengundi.

"Jangan lepas ini bising harga harga telur, harga barang naik, tak kisah mengundi siapa, yang penting guna otak," katanya ketika ditemui, hari ini.

Sebelum ini, Azwan mengumumkan menarik diri saat akhir pada penamaan calon di kerusi Parlimen Gombak sebagai calon bebas.

Disiarkan pada: November 19, 2022 @ 8:11am
d