mutakhir

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit setakat ini - Wisma Putra

Oleh BERNAMA

Putrajaya: Wisma Putra semalam mengesahkan, setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terbabit dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 5.6 di daerah Cianjur, Jawa Barat di Indonesia, kelmarin.

Wisma Putra dalam kenyataan semalam memaklumkan sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, mereka diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta boleh dihubungi di talian +62 21 5224947 bagi pertanyaan umum dan +62 813 8081 3036 untuk urusan kecemasan selepas waktu pejabat atau e-mel kepada mwjakarta@kln.gov.my.

Gempa bumi dilaporkan berlaku kelmarin pada 1.21 tengah hari waktu tempatan di Jawa Barat, kira-kira 110 kilometer dari Jakarta.

Setakat ini, gempa bumi itu dilaporkan mengorbankan 268 nyawa, disamping mengakibatkan kerosakan infrastruktur yang tinggi.

Disiarkan pada: November 23, 2022 @ 8:44am
d