mutakhir

PH Pahang sokong bentuk kerajaan bersama BN

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Pakatan Harapan (PH) Pahang mencapai persetujuan sebulat suara untuk memberi sokongan secara rasmi bagi membentuk Kerajaan Pahang bersama Barisan Nasional (BN).

Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata keputusan itu berdasarkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) secara keseluruhan yang dimenangi oleh BN iaitu 16 kerusi dan PH pula lapan kerusi yang melebihi majoriti mudah.

"Kami berharap kerajaan Negeri Pahang yang baru pasca PRU-15 dapat dibentuk demi menjamin pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar untuk kepentingan rakyat," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Perikatan Nasional (PN) Pahang memenangi 17 kerusi daripada 41 kerusi Dun Pahang, manakala BN hanya memperoleh 16 kerusi dan PH, lapan kerusi.

Berikutan keputusan itu, tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Disiarkan pada: November 26, 2022 @ 4:52pm
d