mutakhir

Mangsa banjir Kelantan meningkat [METROTV]

Oleh Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,997 orang daripada 626 keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 4 petang ini.

Kesemua mangsa banjir ini ditempatkan di tujuh PPS di Pasir Mas.

Mengikut laporan laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my, mangsa banjir berkenaan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh seramai 712 orang, diikuti di SK Gual Periok dengan jumlah 542 orang.

Mangsa banjir ini juga ditempatkan di SK Kubang Kual (237 orang), PPS Putat Tujoh dengan jumlah 157 orang, SK Sri Kiambang (234 orang), Masjid Mukim Padang Licin seramai 72 orang dan SK Kedai Tanjong seramai 43 orang.

Mereka ini membabitkan seramai 662 lelaki dewasa, 647 wanita dewasa, 637 kanak-kanak dan 51 bayi.

Disiarkan pada: December 13, 2022 @ 6:12pm
d