Bola Sepak

Legenda Sepanyol, Busquets umum persaraan

Oleh AFP

Barcelona: Pemain tengah Sepanyol dan pemenang Piala Dunia 2010, Sergio Busquets mengumumkan persaraan antarabangsa, hari ini.

"Saya ingin mengumumkan bahawa selepas hampir 15 tahun dan 143 perlawanan, masanya sudah tiba untuk mengucapkan selamat tinggal buat pasukan kebangsaan," tulis bintang Barcelona berusia 34 tahun itu di media sosial.

Busquets adalah pemain terakhir dalam pasukan 2010 meninggalkan bola sepak antarabangsa - dia juga menjadi sebahagian daripada pemain yang menjulang kejuaraan Eropah 2012.

Dia menjadi kapten skuad Piala Dunia 2022 yang tewas menerusi penentuan penalti kepada Maghribi dalam saingan 16 terbaik.

Hanya rakan sepasukan 2010, Iker Casillas (167) dan Sergio Ramos (180) mewakili Sepanyol lebih kerap daripadanya.

"Satu penghormatan untuk mewakili pasukan kebangsaan saya dan membantu mengangkatnya lebih tinggi, untuk menjadi juara Eropah dan Dunia.

"Menjadi kapten dan bermain begitu banyak perlawanan dengan tahap kejayaan tertentu dan sentiasa cuba melakukan yang terbaik," tulis Busquets.

Disiarkan pada: December 16, 2022 @ 9:16pm
d