mutakhir

Lebih 9,000 mangsa banjir di Kelantan

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 9,149 orang sehingga jam 8.20 pagi hari ini, berbanding 7,096 orang malam tadi.

Kesemua mereka membabitkan 2,707 keluarga ditempatkan di 80 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan daerah.

Menurut laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my, Pasir Mas menyaksikan mangsa banjir paling ramai iaitu 3,486 mangsa diikuti Tanah Merah (1,321 mangsa).

Pasir Puteh pula mencatatkan 1,070 mangsa diikuti Machang (814 orang); Kuala Krai (773 orang); Kota Bharu (569 orang); Bachok (448 orang); Tumpat (223 orang) dan Jeli 207 orang.

Sehingga pagi ini, hujan masih berterusan dan jumlah mangsa banjir dijangka terus bertambah.

Disiarkan pada: December 19, 2022 @ 9:03am
d