bisnes

PERDAGANGAN KITA TERUS BERKEMBANG

Ia dengan eksport berjumlah RM130.24 bilion dicapai manakala import, RM107.93 bilion.

Pencapaian itu adalah pertumbuhan dua digit tahun ke tahun bagi 22 bulan berturut-turut.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) melalui kenyataan berkata, eksport naik 15.6 peratus kepada RM130.24 bilion, manakala import dan lebihan dagangan meningkat 15.6 peratus masing-masing kepada RM107.93 bilion dan RM22.3 bilion.

"Pertumbuhan eksport disumbangkan terutamanya oleh eksport kukuh barangan elektrik dan elektronik (E&E), gas asli cecair (LNG), keluaran petroleum serta petroleum mentah.

"Selain itu, eksport ke rakan dagang utama khasnya Asean, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun juga merekodkan pertumbuhan dua digit," katanya.

Berbanding Oktober 2022, lebihan dagangan meningkat 23.5 peratus, manakala perdagangan, eksport dan import masing-masing berkurangan sebanyak 2.8 peratus, satu peratus dan 4.9 peratus.

Menurut Miti, bagi tempoh Januari hingga November 2022, ia menyaksikan perdagangan negara berkembang sebanyak 29.9 peratus kepada RM2.613 trilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Eksport turut meningkat 27.2 peratus kepada RM1.42 trilion dan import naik 33.3 peratus kepada RM1.193 trilion, manakala lebihan dagangan menokok 2.6 peratus kepada RM227.89 bilion.

"Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan juga telah mencatat nilai tertinggi bagi tempoh ini," katanya.

Disiarkan pada: December 20, 2022 @ 7:01am
d