mutakhir

Mangsa ke-26 belum dikenalpasti - Polis [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Hulu Selangor: Identiti mayat seorang lelaki yang ditemukan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali di sini, belum dikenalpasti.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat.

"Mayat dikenalpasti lelaki dewasa tetapi kita (polis) belum kenalpasti bangsa dan umur mangsa.

"Proses bedah siasat mayat mangsa akan dilakukan manakala bangkai dua anjing diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut," katanya dalam sidang media di lokasi hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga belum mengenalpasti mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui malam tadi.

Terdahulu, mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemukan di Sektor C (River Side) pada jam 11.15 malam manakala mayat lelaki dewasa ditemukan di Sektor B (Farm View) pada jam 11.16 pagi ini.

Disiarkan pada: December 21, 2022 @ 3:08pm
d