mutakhir

Mayat lelaki ditemui di tali air sawah padi

Oleh Siti Rohana Idris

Kota Bharu: Mayat seorang lelaki ditemui di tali air kawasan sawah padi di Kampung Kubang Kachang di sini, tengah hari semalam.

Mayat lelaki berusia 45 tahun itu dijumpai penduduk kampung terbaring di dalam tali air pada jam 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, keadaan mangsa ketika ditemui masih berpakaian lengkap.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa berasal dari Kampung Tambak, Banggu, di sini.

"Mayatnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) untuk proses bedah siasat," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mohd Rosdi berkata, kematian mangsa disahkan akibat lemas dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Disiarkan pada: December 25, 2022 @ 3:48pm
d