Asia

Pesawat tentera udara Korea Selatan terhempas

Oleh BERNAMA

Seoul: Dua juruterbang terselamat dalam insiden pesawat ringan KA-1 terhempas di daerah timur laut pada Isnin, menurut Tentera Udara Korea Selatan.

Pesawat itu terhempas di daerah Hoengseong, kira-kira 140 kilometer ke timur Seoul, pada 11.43 pagi sejurus berlepas dari pangkalan udara di bandar Wonju.

Tiada kerosakan membabitkan kediaman awam dilaporkan setakat ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

Juruterbang sudah dipindahkan ke hospital berdekatan, menurut pegawai tentera.

Disiarkan pada: December 26, 2022 @ 1:54pm
d