mutakhir

Ahmad Zahid rai persandingan anak rakan karib

Oleh Amir Mamat

Ayer Keroh: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis persandingan anak ahli perniagaan yang juga rakan karibnya, Datuk Md Asri Ab Rahim, di sini, malam ini.

Majlis yang diadakan di Hotel Ames, di sini turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abdul Rahman serta Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Pada majlis itu, Mohd Ali bersama Ahmad Zahid serta Sulaiman turut menepung tawar pasangan mempelai, Nur Nishaq Izzaty Md Asri, 27 dan Muhammad Bukhari Mohd Isa, 26.

Kira-kira 1,000 tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan artis, Datuk Nash.

Disiarkan pada: January 7, 2023 @ 10:45pm
d