mutakhir

Salah guna kuasa, pegawai kanan PPK ditahan [METROTV]

Oleh Mohd Roji Kawi

Kuching: Pegawai kanan sebuah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri ini direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa.

Majistret Sharifah Fatimah Azura Wan Ali mengeluarkan perintah reman sehingga 16 Januari itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret, di sini.

Menurut sumber, lelaki berusia 58 tahun itu ditahan sepasukan pegawai SPRM dalam Ops Bekal, di sini, pada 3.30 petang semalam untuk membantu siasatan.

Katanya, suspek disyaki menyalahgunakan kuasa dan jawatannya untuk melantik sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009," katanya.

Difahamkan, syarikat terbabit dilantik bagi menyediakan cenderahati dan kerja-kerja persiapan majlis penghargaan untuk sebuah jabatan kerajaan Sarawak pada 2020.

Semua kos cenderahati dan persiapan majlis berkenaan bernilai RM27,800.

Disiarkan pada: January 11, 2023 @ 12:41pm
d