mutakhir

AADK bantu klien mangsa banjir [METROTV]

Oleh Nor Amalina Alias

Bachok: Seramai 99 individu atau klien Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menjalani rawatan pemulihan penyalahgunaan dadah yang terjejas banjir Monsun Timur Laut (MTL) di negeri ini tidak dipinggirkan daripada mendapat bantuan.

Mereka adalah antara 446 penerima yang mendapat sumbangan makanan asas dan keperluan harian sumbangan AADK Kedah kepada AADK Kelantan bernilai RM65,000.

Katanya, selain klien AADK, sumbangan turut disalurkan kepada kakitangan AADK dan lima rumah anak-anak yatim yang terjejas dengan bencana alam itu Disember lalu.

"Bantuan yang diagihkan itu membabitkan makanan dan keperluan lain seperti lampin pakai buang.

"Kami berterima kasih kepada AADK Kedah atas sumbangan yang diagihkan kepada AADK daerah," katanya ketika ditemui dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Pasca Banjir AADK Kedah kepada AADK Kelantan di pejabat AADK Daerah Bachok di sini, hari ini.

Hadir sama, Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Kedah, Nasruddin Abdul Rahman.

Rohayu berkata, daripada 99 klien, 40 penerima adalah klien AADK Bachok yang sedang menjalani rawatan pemulihan di rumah.

Beliau berkata, sumbangan itu sudah pasti dapat memberi sedikit kelegaan dan rasa penghargaan klien mereka yang terjejas banjir dan mengalami kerugian akibat bah.

Disiarkan pada: January 14, 2023 @ 12:33pm
d