mutakhir

Adik lemas, abang selamat

Oleh Nor Amalina Alias

Bachok: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ditemukan lemas di Pantai Kemayang, di sini, ketika mandi di pantai itu bersama keluarga mereka, petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Muhammad Hanif Nurhaqim Amran dipercayai terjatuh ke dalam laut bersama abangnya, Muhammad Hanif Lokman, 12.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, bagaimanapun abang mangsa sempat diselamatkan orang awam.

Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 5.55 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mayat mangsa ditemui di kepala tembok penghadang ombak kira-kira 200 meter dari lokasi dikhuatiri jatuh. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Disiarkan pada: January 14, 2023 @ 10:21pm
d