mutakhir

Lelaki terjatuh tebing sungai ditemukan lemas

Oleh Amir Hamzah Nordin

Temerloh: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari tebing Jambatan Mempatih, Lanchang, dekat sini, ditemukan lemas, hari ini.

Mangsa, Muhammad Ikhram, 23, ditemukan 8.37 pagi tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa ditemukan pada jarak 1.5 kilometer dari tempat lelaki itu dipercayai terjatuh.

"Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan sempurna dan berseluar. Mangsa tidak memakai baju ketika terjatuh," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Disiarkan pada: January 19, 2023 @ 11:23am
d