mutakhir

Mangsa banjir di Sabah cecah 8,523 orang

Oleh Juwan Riduan

Kota Kinabalu: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 8,524 orang setakat 12 tengah hari, berbanding 6,843 orang dilaporkan, pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, ia membabitkan sebanyak 2,966 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada lima daerah yang dilaporkan dilanda banjir.

"Semua mangsa yang terjejas kini dipindahkan ke 33 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di daerah-daerah berkenaan.

"Setakat 12 tengah hari ini, terdapat empat PPS yang masih menunjukkan trend peningkatan dalam jumlah mangsa banjir yang dipindahkan," katanya dalam kenyataan, di sini.

Tiga daerah yang mencatatkan angka mangsa banjir tertinggi ialah Kota Marudu (6,150 mangsa), Pitas (1,523 mangsa) dan Paitan (718 mangsa).

Disiarkan pada: January 27, 2023 @ 2:48pm
d