mutakhir

Mayat remaja jatuh tasik sudah ditemukan

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Kuala Ketil: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang tenggelam di tasik di hadapan Sekolah Maahad Al Iman, Kampung Pantai Cicar, Jalan Kuala Ketil, hari ini ditemui lemas.

Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali berkata, mayat Muhammad Absyar Roslan ditemui pada jam 2.18 petang di kawasan mangsa dilaporkan terjatuh.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui di dasar tasik berkenaan sedalam kira-kira empat meter oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Sungai Petani yang melakukan selaman.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mayat remaja terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi tadi, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tasik berkenaan.

Dalam kejadian itu, Muhammad Absyar Roslan dikatakan hendak mengambil bola yang dipercayai terjatuh ke dalam tasik berkenaan.

Disiarkan pada: January 27, 2023 @ 4:46pm
d