Bola Sepak

Usaha Kane catat rekod terjejas

Oleh AFP

London: Harapan Harry Kane untuk menjadi penjaring gol terbanyak Tottenham dalam perlawanan Piala FA di Preston malam ini mungkin tidak akan menjadi kenyataan apabila dia tidak cergas.

Kane menyamai rekod Jimmy Greaves sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Tottenham Isnin lalu apabila membantu kemenangan Tottenham di Fulham menjadikan gol yang dijaringkan kepada 266 gol buat kelab utara London itu.

Namun pengendali Tottenham, Antonio Conte mendedahkan selepas perlawanan Fulham bahawa Kane bermain walaupun bergelut dengan demam.

Penyerang berusia 29 tahun itu kemudiannya tidak menjalani latihan pada Rabu dan Khamis minggu ini sebelum kembali pada hari Jumaat menjelang pertembungan pusingan keempat menentang pasukan Kejuaraan, Preston.

"Kami hanya mempunyai satu masalah iaitu Harry kerana dia bermain pada perlawanan terakhir dalam keadaan tidak sihat," kata penolong pengurus Tottenham Cristian Stellini.

"Dia tidak berlatih sepanjang minggu tapi turun berlatih pagi ini, dan dia tetap mahu ikut kami dan bersedia.

"Kami tahu bahawa Harry mahu bermain setiap perlawanan, jadi kami gembira kerana Harry terbabit dalam permainan, tetapi satu-satunya situasi yang perlu kami uruskan ialah keadaan dia yang tidak sihat sepenuhnya."

Disiarkan pada: January 28, 2023 @ 9:02am
d