mutakhir

35 mangsa banjir dibenarkan pulang, PPS ditutup

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Bandar Baharu: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Relau, Mukim Relau yang menempatkan 35 mangsa daripada 11 keluarga ditutup sepenuhnya hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, PPS itu ditutup pada jam 2 petang.

Beliau berkata, kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Keadaan cuaca semakin baik ketika ini dan paras air sungai semakin menurun," katanya.

Dalam kejadian semalam, 15 rumah di tiga kampung membabitkan tiga mukim di daerah ini terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat yang melanda lebih dua jam bermula jam 3 petang.

Berikutan itu, 35 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke PPS SK Relau selepas kediaman mereka dinaiki air.

Disiarkan pada: February 4, 2023 @ 3:51pm
d