mutakhir

Sultan Johor berkenan berkunjung ke kediaman rasmi PM

Oleh BERNAMA

Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat mengunjungi kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto turut dikongsi di platform media sosial itu.

Sultan Ibrahim turut memaklumkan bahawa kunjungan itu adalah bagi memenuhi undangan Perdana Menteri ke-10 itu.

Pada pertemuan itu, Anwar turut mempersembahkan taklimat kepada baginda berhubung lawatan kerja beliau ke Singapura, pada Isnin lalu.

Pada sesi lawatan Ahad lalu, Anwar membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob selain mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong.

Disiarkan pada: February 4, 2023 @ 7:04pm
d