mutakhir

'Saya tunggu 23 Februari ini' - Armand Azha

Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid

Kuala Lumpur: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah mengesahkan dipanggil Lembaga Disiplin parti itu pada 23 Februari ini.

Calon Ketua Pemuda UMNO itu memaklumkan, beliau dipanggil oleh Lembaga Disiplin tentang isu pemilihan parti.

"Saya tunggu 23 Februari ini. Saya nak tengok apa yang mereka nak tanya saya.

"Mereka nak tanya tentang tata etika pemilihan parti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dipecat daripada parti.

Manakala Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff telah di gantung keahlian selama enam tahun.

Disiarkan pada: February 19, 2023 @ 5:34pm
d