mutakhir

Rohingya, pelarian dan pemohon suaka tertinggi

Oleh Farah Marshita Abdul Patah

Kuala Lumpur: Etnik Rohingya adalah kumpulan pelarian dan pemohon suaka tertinggi di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata pelarian dan pemohon suaka dari Myanmar adalah golongan tertinggi yang berada dalam negara dengan 158,165 orang (86.43 peratus).

"Daripada jumlah itu, majoritinya adalah etnik Rohingya, Myanmar iaitu 106,129 orang (67.10 peratus) di mana seramai 91,780 (86.48 peratus) adalah pelarian dan 14,349 (13.52 peratus) pemohon suaka," katanya

Beliau berkata demikian melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, bagi menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH- Bukit Bendera) yang meminta menyatakan berapa bilangan orang Rohingya atau pelarian/pemohon suaka yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Katanya, berdasarkan statistik UNHCR, terdapat 182,990 pelarian dan pemohon suaka di Malaysia dari 59 negara sehingga Disember 2022.

"Daripada jumlah ini, seramai 135,440 orang (74.01 peratus) adalah pelarian dan 47,550 orang (25.99 peratus) adalah pemohon suaka," katanya.

Disiarkan pada: March 29, 2023 @ 11:05am
d