mutakhir

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok

PDRM dalam kenyataan malam ini memaklumkan akaun berkenaan adalah palsu dengan menggunakan nama dan gambar Ayob Khan untuk menarik pengikut di aplikasi itu.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan akaun itu dan sentiasa merujuk sumber yang sah bagi mendapatkan informasi yang tepat dan sahih," menurut kenyataan itu.

Akaun tersebut yang mempunyai lebih 70,000 pengikut memuat naik pelbagai gambar dan video berkaitan Ayob Khan yang menyarung pakaian uniform.

Disiarkan pada: March 29, 2023 @ 10:24pm
d