Sukan Lain

Wimbledon benarkan pemain tenis Rusia, Belarus beraksi

Oleh AFP

London: Pemain tenis Rusia dan Belarus akan dibenarkan bertanding di Wimbledon tahun ini selepas penganjur mengumumkan bahawa mereka menarik balik larangan yang dikenakan pada 2022 sebagai tindak balas kepada pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Pemain dari kedua-dua negara boleh menyertai Grand Slam itu pada Julai ini jika mereka beraksi sebagai atlet 'neutral' dan mematuhi syarat tertentu.

Pemain dilarang daripada menyatakan sokongan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan mereka yang menerima pembiayaan daripada negara Rusia atau Belarus, termasuk penajaan daripada syarikat yang dikendalikan kerajaan atau dikawal oleh kerajaan, akan kekal dihalang.

All England Club, yang mengendalikan Wimbledon, berkata syarat itu 'dibangunkan dengan teliti' selepas perbincangan dengan kerajaan UK, Persatuan Lawn Britain (LTA) yang dan badan tenis antarabangsa.

Syarat yang sama akan dikenakan untuk kejohanan Britain yang lain.

Wimbledon tahun lalu mengharamkan pemain dari Rusia dan Belarus yang bersekutu dengan Moscow selepas pencerobohan Ukraine dan LTA juga menghalang pemain daripada acara lain.

Disiarkan pada: March 31, 2023 @ 9:53pm
d