Sukan Lain

William sumbang pingat sulung Malaysia [METROTV]

Oleh K Rajan

Phnom Penh: Atlet lari berhalangan lelaki negara, William Yoong menghadiahkan pingat pertama kontinjen negara di Sukan Sea Kemboja selepas meraih gangsa dalam acara 100 meter (m).

William mencatat masa 28.8 saat (s) untuk mengetepikan wakil tuan rumah, Ol Saoheng di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.

Sasaran seterusnya buat William adalah memburu emas bersama Mohd Redha Rozlan, Nur Hafis Said Alwi, dan Ghalib Mohamad Azimi dalam saingan final berganti-ganti lelaki esok.

Disiarkan pada: May 6, 2023 @ 10:11am
d