mutakhir

Salah guna parkir OKU, anggota polis kena saman

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Petaling Jaya: Anggota polis trafik Kuala Lumpur disaman selepas meletakkan motosikal milik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di parkir orang kurang upaya (OKU) di Apartmen Flora Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Petaling Jaya mengesan gambar tular di media sosial memaparkan kejadian itu hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi 29 Mei lalu.

"Satu laporan polis dibuat hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan jalan 1987.

"Tindakan saman dikeluarkan kepada anggota trafik terbabit," katanya dalam kenyataan hari.

Disiarkan pada: June 1, 2023 @ 5:35pm
d