rap

Giring berdebar nak nyanyi

Oleh Zaara Talita

Kuala Lumpur : Bekas penyanyi Nidji, Giring mengakui berdebar untuk menjayakan Konsert D'Masiv Road To The World di Zepp Kuala Lumpur, di sini, esok.

Lapan tahun tidak mengadakan persembahan pentas, Giring yang kini aktif dalam bidang politik di Indonesia berharap konsert berkenaan lancar.

"Saya sebenarnya berdebar-debar menantikan Sabtu (esok) kerana sudah lama tidak membuat persembahan secara profesional di pentas. Selain kerjaya sebagai ahli politik, virus Covid-19 juga sebagai salah satu penyumbang.

"Kali terakhir saya berkunjung ke Malaysia adalah pada 2017 dan bukan tempoh yang singkat. Malah, saya juga mengambil keputusan untuk datang lebih awal walaupun persembahan hari Sabtu.

"Selain itu, saya juga adalah peminat D'Masiv dan mahu menyaksikan persembahan mereka bersama Pusakata malam ini.

"Saya bakal mempersembahkan dua lagu pada malam kedua konsert (esok), namun judulnya biarlah dirahsiakan dulu. Yang penting dua lagu itu mendapat tempat di hati peminat," katanya kepada Harian Metro.

Disiarkan pada: June 2, 2023 @ 5:09pm
d