Bola Sepak

Hujan, kilat rencat aksi Kelantan, Kelantan United [METROTV]

Oleh Nor Amalina Alias

Kota Bharu: Hujan lebat dan kilat merencatkan perlawanan Kelantan Derby antara Kelantan FC dan Kelantan United Football Club (KUFC) dalam saingan Liga Super, malam ini.

Hujan turun selepas sembilan minit perlawanan bermula sebelum menjadi semakin lebat dan disusuli kilat. 

Perlawanan terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan pada minit ke 37 perlawanan dengan keputusan semasa Kelantan United 2-0 Kelantan.

Pihak pengurusan memohon 30 minit untuk melihat keputusan sama ada meneruskan atau menunda perlawanan.

Setakat ini, perlawanan masih dihentikan atas faktor keselamatan.

Disiarkan pada: June 2, 2023 @ 10:32pm
d