mutakhir

Pastikan pelaburan bawa peluang gaji lebih baik untuk belia

Oleh Amir Abd Hamid

Kuala Lumpur: Kerajaan akan memastikan pelaburan yang dibawa masuk ke negara ini membuka peluang kepada generasi muda untuk mendapat gaji lebih baik.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, perkara itu antara yang dibincangkan oleh setiap kementerian dalam usaha mencapai tahap gaji yang progresif.

"Memang isu yang kita hadapi sekarang ini adalah masalah soal gaji dalam kalangan belia... dan ini merupakan perkara yang sedang dibincangkan oleh semua kementerian bahawa kita sedang menuju kepada gaji progresif.

"Kita harap dengan kerajaan baharu Malaysia Madani pastikan pelaburan datang ke negara ini dan akan meningkatkan ekonomi negara dan kita akan minta majikan memperhalusi dan megambil kira keadaan terutama pekerja kita, anak-anak generasi muda," kataya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar), apakah dasar terkini kerajaan dalam menangani isu pengangguran di kalangan belia serta langkah menjadikan gaji bermaruah sebagai neraca dalam mengatasi masalah itu dengan fokus sebelum ini pekerja ekonomi gig.

Mohd Yunus berkata, mengambil kira perkembangan ekonomi terkini demi memastikan pekerja terutama anak-anak belia mendapat gaji lebih baik kerajaan akan meminta supaya majikan memperhalusi supaya kadar gaji dapat dinaikkan.

"Jadi, ini penting, saya mahu tekankan sekali lagi bahawa kestabilan politik itu penting.

"Kita perlukan kerajaan yang stabil untuk memastikan bahawa nasib anak muda kita terbela untuk masa depan," katanya.

Disiarkan pada: June 7, 2023 @ 12:44pm
d