Asia

Letupan bom di Yala: 5 termasuk polis cedera

Oleh BERNAMA

Yala: Empat anggota polis dan seorang orang awam cedera dalam satu serangan bom di Yala, selatan Thailand, semalam.

Pemangku Ketua Polis Kota Baru, Leftenan Kolonel Polis Pornchai Chusong berkata, dalam kejadian 7.10 pagi (waktu tempatan), empat anggota polis yang menaiki sebuah pikap melakukan rondaan berdekatan dengan sebuah sekolah.

"Sebutir bom buatan sendiri seberat 10 hingga 15 kilogram dipasang pada tong gas dan ditanam di tepi jalan meletup ketika pikap melalui tempat kejadian.

"Letupan itu menyebabkan empat anggota polis dalam pikap dan seorang penduduk tempatan yang berada di tempat kejadian cedera. Semua mangsa yang cedera digegaskan ke hospital untuk menerima rawatan," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati letupan itu didalangi kumpulan militan yang aktif di Yala.

"Polis sedang mempergiat usaha menjejaki dalang di sebalik letupan itu," katanya.

Disiarkan pada: June 16, 2023 @ 7:38am
d