Sukan Lain

Jessica, Coco terus temui rentak

Oleh AFP

Eastbourne: Pemain nombor empat dunia, Jessica Pegula dan rakan senegaranya, Coco Gauff, mara ke pusingan 16 terakhir saingan pemanas badan Wimbledon di Eastbourne.

Jessica menewaskan pemain China yang sedang meningkat naik, Zheng Qinwen 6-3, 6-4 manakala Coco mengetepikan Bernarda Pera 6-3, 6-2.

Naib juara Terbuka Perancis, Coco masih belum memenangi kejuaraan di permukaan rumput walaupun mara ke pusingan keempat Wimbledon ketika berusia 15 tahun pada 2019.

Remaja itu tidak melepaskan sebarang servis dalam perlawanan itu dan seterusnya akan menentang Jodie Burrage dari Britain.

"Bernarda bukan pemain yang mudah untuk dikalahkan, terutamanya di atas permukaan rumput," kata Gauff.

"Hari ini sangat berangin, jadi saya rasa kami hanya cuba memastikan bola tidak keluar gelanggang. Secara keseluruhan, saya gembira dengan kemenangan ini."

Disiarkan pada: June 28, 2023 @ 11:20am
d