mutakhir

Bergaduh rebut teman wanita

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Tular rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di jalan raya berhampiran sebuah kelab malam di Jalan Pintal Tali, di sini, hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada perebutan teman wanita antara dua lelaki.

Menerusi video rakaman berdurasi satu minit dan 12 saat itu, turut memaparkan sekumpulan individu dilihat memukul, menumbuk serta memijak seorang lelaki.

Turut kelihatan dalam video berkenaan ialah beberapa individu cuba meleraikan pergaduhan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi berkata, tiada laporan polis diterima daripada mana-mana pihak berhubung kejadian itu.

Disiarkan pada: June 29, 2023 @ 2:26pm
d