Bola Sepak

Rashford buru cinta baharu?

Oleh Agensi

London: Marcus Rashford menikmati percutian musim panas di California bersama bintang jelita Love Island Natalia Zoppa hanya beberapa minggu selepas dilaporkan berpisah dengan tunangnya.

Penyerang sensasi Manchester United itu berada di Amerika Syarikat sementara menunggu cabaran musim baharu di Old Trafford.

Awal bulan ini, The Sun melaporkan Rashford berpisah dengan Lucia Loi yang dikenalinya sejak berusia 15 tahun sekali gus memutuskan ikatan pertunangan yang terjalin sejak Mei tahun lalu.

Dia berada di hotel Miami bersama jurulatih peribadi Courtney Caldwell sejurus selepas berita perpisahan dengan tunangnya tersebar dan kini The Sun menyiarkan beberapa lagi gambar Rashford menikmati makan malam dengan beberapa rakan wanita di restoran terkenal di Nobu di Malibu.

Pemain berusia 25 tahun itu meninggalkan restoran sekali lagi bersama Courtney, seorang wanita tidak dikenali dan Natalia yang membintangi Love Island pada 2020.

Rashford dan Natalia kemudiannya menaiki kereta berasingan menuju destinasi masing-masing tetapi kehidupan peribadi bintang United itu pantas menjadi perhatian selepas berpisah dengan tunangnya dan mungkinkah Rashford sedang memburu cinta baharu.

Disiarkan pada: June 30, 2023 @ 6:45pm
d